Update Keutamaan Surat AL FATIHAH Beserta Penjelasan Singkat. Surat Penting Nih Gan

Surah Al-Fatihah: Antara Allah Dan Hamba-Nya

Surah Al-Fatihah – Pembukaan – surah yang diturunkan di Makkah dan diturunkan selepas Surah Al-Muddathir. Surah ini mempunyai 7 ayat dan inilah surah pertama yang diturunkan lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah surah dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah.

Surah ini dinamakan Al-Fatihah (Pembukaan) kerana ia dijadikan sebagai pembuka dan permulaan Al-Quran.

Surah ini juga dinamakan Ummul Quran ( Ibu Quran) atau Ummul Kitaab (Ibu Kitab) kerana ia merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan Al-Quran itu sendiri.

Surah ini turut dinamakan As-Sab’ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat.


Rasulullah saw bersabda, Allah telah berfirman (dalam sebuah Hadis Qudsi):

Aku bagi surah Al- Fatihah antara Aku dan hamba-Ku. Dan akan Kukabulkan apa-apa yang dimohon oleh hamba-Ku.

1) Apabila hamba-Ku berkata,

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang"

Maka Allah SWT menjawab,

"Hamba-Ku telah memulai dengan menyebut nama-Ku. Dan kerananya Aku berhak untuk menyempurnakan segala perkaranya serta memberkati seluruh keadaannya"

2) Apabila hamba-Ku berkata,

"Segala puji bagi Allah, Tuhan Alam Semesta"

Maka Allah SWT menjawab,

"Hamba-Ku telah memuja-Ku, dia tahu bahawa nikmat yang ada di sisinya adalah dari-Ku dan bencana yang dijauhkan darinya adalah lantaran kasih sayang-Ku. Kupersaksikan kepada kalian bahawa Aku tambahkan nikmat-nikmat akhirat di samping nikmat-nikmat dunia dan akan Kujauhkan darinya bencana-bencana akhirat sebagaimana Kujauhkan darinya bencana-bencana di dunia."

3) Apabila hamba-Ku berkata,

" (Allah) Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang"

Maka Allah SWT menjawab,

"Hamba-Ku telah menyaksikan -Ku bahawa Akulah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, kini Kupersaksikan kepada kalian bahawa Aku akan penuhi nasib hidupnya dengan rahmat-Ku dan akan Kukurniai hayatnya dengan pemberian-pemberian-Ku."

4) Apabila hamba-Ku berkata,

"Yang Menguasai hari Pembalasan"

Maka Allah SWT menjawab,

"Kupersaksikan kepada kalian sebagaimana yang diakuinya bahawa Akulah yang bekuasa pada hari pembalasan itu, dan akan Kupermudah hisabnya pada hari hisab kelak serta akan Kumaafkan segala kesalahannya."

5) Apabila hamba-Ku berkata,

"Hanya Engkaulah yang aku sembah,"

Maka Allah SWT menjawab,

"Hamba-Ku benar ketika dia menyembah-Ku. Kini Kupersaksikan kepada kalian bahawa Aku akan berikan kepadanya ganjaran kerana ibadahnya sehingga orang-orang yang tidak sama sepertinya akan merasa iri hati kepadanya"

Apabila hamba-Ku berkata,

"dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan"

Maka Allah SWT menjawab,

"Hamba-Ku telah meminta pertolongan dari-Ku dan kembali kepada-Ku, kini Kupersaksikan kepada kalian bahawa Aku akan menolongnya dalam setiap urusannya. Aku akan membantunya dalam kesulitan-kesulitannya dan akan Kuhulurkan tangan-Ku kepadanya pada saat dukanya."

6) Apabila hamba-Ku berkata,

"Tunjukkan kepada kami akan jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat, bukannya (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat."

Maka Allah SWT menjawab,

"Bahagian ini untuk hamba-Ku. Mereka berhak mendapatkan apa yang mereka mohonkan. Aku telah kabulkan permohonan hamba-Ku, Aku telah berikan kepadanya apa yang diharapkan. Aku telah menyelamatkannya dari apa yang dia mohonkan dengan perlindungan-Ku."


Semoga bermanafaat. Insya Allah.





Sumber : keunikanseluruhdunia . blogspot . com - yang unik, emang asyik :)